Sesi Pengenalan & Pendaftaran Program Jomstudi

Aktiviti terkini | 16 Februari 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Rantau, Negeri Sembilan

Tujuan :
- JomStudi berkonsepkan maklum balas kepada perubahan dalam landskap pembelajaran yang menyaksikan internet berfungsi sebagai alat utama untuk pelajar mendapatkan maklumat.
- Menerusi JomStudi, pelajar akan mempunyai akses mudah, bila-bila masa, dan di mana sahaja untuk kandungan pendidikan berkualiti yang mematuhi sukatan pelajaran ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti ditawarkan oleh Tutor TV Astro dan latihan berlandaskan peperiksaan ditawarkan oleh Media Prima menerusi FullAMark.

Kelebihan Aktiviti :
- Pengenalan kepada Asas Internet.
- Cara penggunaan dan mengenal item-item dalam JomStudi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :