INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Rantau ialah pecan kecil dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan. Ia dikelilingi pecan-pekan seperti Kuala Sawah, Siliau, Kg.Sega, Linsum dan Ayer Kuning. Rantau dijadikan sebagai pecan utama dengan kemudahan-kemudahan yang ada seperti RHB Bank, KFC, Seven Eleven dan pejabat pos. Banyak perubahan dalam kualiti kehidupan dan kemudahan awam dititik berat apabila menunjukkan minat untuk menaik taraf kampung halaman beliau sejak beliau menjadi ketua di kawasan itu.

Populasi : Melayu (29.22%), Cina (41.32%), India (28.80%), Bumiputera Sabah (0.02%), Bumiputera Sarawak (0.16%), Lain-lain (0.45%), Orang Asli (0.02%)
Jantina : Lelaki (49.87%), Perempuan (50.13%)
Koordinat GPS : 2.594753, 101.959249

Rekreasi & Pelancongan
Tempat - tempat Menarik

Rantau Eco Park
Rantau Agro Park
Kampung Stay Hj. Sulaiman
Sri Tasik Utama
Kemudahan Awam
Balai Polis Rantau
Klinik Kesihatan
Dewan Orang Ramai
Balairaya
Pendidikan
SK Datuk Akhir Zaman
SJK Chung Hua
Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Falah
Kisah Kejayaan

Mohd Norazizi Norhisham
Celik IT

Umur:
15 tahun

Keahlian PEDi:
1/11/2017

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Pelajar ini yang dari mulanya tidak pernah mempunyai facebook. Tetapi, selepas mengikuti Kelas ICT di PEDi Rantau. Beliau kini sudah pandai mengakses internet dan facebook. Pelajar ini juga mempunyai masalah pembelajaran, pendiam dan akan tetapi beliau sekarang sudah pndai bergaul sesama ahli PEDi.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti kelas ICT DI Pi Rantau, beliau memang tidak mempunyai akaun facebook dan tidak pernah bergaul walaupun sesama ahli PEDi.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Rantau, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan sudah boleh mencari kawan-kawan dengan lebih cepat dan mudah. Dan beliau juga sudah pndai bergaul dan selalu datang ke PEDi untuk mempelajari ilmu pengetahuan.

Maklumbalas Pendapat:
- PI membantu memberi kemudahan online dan cara untuk mengakses internet.
- Memberi kelas tambahan untuk membantu dalam melayari internet.

Apa yang dipelajari melalui PEDi:
- Mempelajari cara untuk mencari bahan dalam internet.
- Sudah pandai bergaul sesama ahli PEDi.
- Mengikuti semua program yang dianjurkan oleh PEDi.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Mohd Norazizi Norhisham:


Kisah Keusahawanan

Nurul Syazwani Binti Hassan
Keusahawanan

Umur:
25 tahun

Keahlian PEDi:
26/9/2017

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Nurul Syazwani berumur 25 tahun dan bergiat aktif dalam bidang perniagaan online ini sejak dari umur 21 tahun. Usahawan ini menjalankan perniagaan bisnes online dengan barang-barang kosmetik dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 10 – RM 50 sahaja sebulan. Jumlah produk / pelanggan bulanan adalah dalam sekitar 5 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Rantau, beliau kini telah memiliki facebook sendiri, Instagram yang dapat mempromosikan hasil perniagaan dan barangan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh kawasan yang mana mereka mengetahui barangan jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM200 – RM 300.

Maklumbalas Pendapat:
- PI membantu memberi kemudahan online dan cara untuk mengakses internet.
- Memberi kelas tambahan untuk membantu dalam melayari internet.

Apa yang dipelajari melalui PEDi:
- Mempelajari cara untuk memasarkan dan mengiklankn pelbagai barangan beliau melalui FB, Blog dan Instagram.
- Beliau juga belajar mengetahui cara untuk mengambil order melalui online seperti fb dan whatssap

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Nurul Syazwani Binti Hassan: