PROGRAM ADVOKASI & MALAYSIA CYBER GAMES LIVE STREAMING
Aktiviti terkini | 13 Januari 2018Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Rantau
Tujuan :
Perlaksanaan program ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat setempat khususnya ahli-ahli PI dalam kalangan remaja untuk melibatkan diri dan bergiat aktif dalam E-Sukan sebagai industri baharu dalam menjana pendapatan negara di peringkat benua Asia dan antarabangsa pada masa depan seperti yang telah diperkatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan terhadap industri baharu yang menjadi ikutan dan gaya hidup dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja iaitu sukan internet (E-Sport).
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Menggalakkan komuniti untuk berkunjung dan menjalankan aktiviti-aktiviti di dalam PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :