Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Rantau sempena nama kampung Rantau.Bila Inggeris mahu mendirikan Balai Polis ,ia telah memilih untuk mendirikan dihadapan kampung Rantau. Maka dinamakan Balai Polis Rantau. Sejak itu ia berkembang menjadi daerah yang dinamakan Kampung Rantau. Ia terletak didepan Sek.Keb.Cina hingga ke simpang Kampung Kancung. Dihilirnya Kampung Godang sehingga simpang Kampung Poning dan dari simpang Kampung Poning hingga ke jambatan yang dinamakan Kampung Pengkalan Ketam. Selepas itu adanya Kampung Dibawah Tampang. Manakala dihulunya dari Sek.Keb.Cina ke pencawang TNB dinamakan Kampung Petaling selepas itu adanya Kampung Kakau (J.W.Quillick). Nama Rantau bukan di ambil sempena dari perkataan orang merantau atau perkataan orang cina antau. Ia bermula dari orang Rantau Panjang Klang yang datang berkampung disekitaran yang terdiri dari anak beranak Tok Sulong bin Pendekar Raja Aji (Diraja Muda Senara) dengan tsteri Nyai Kutam. Adiknya Siebod ,Hj.Yahya serta emak saudara (Raja Mariam) dan suaminya Radin Zainal abidin (Kahar).Mereka terdiri dari orang Bugis dan Jawa yang lari dari pergolakan Perang Saudara Klang pada tahun 1866- 1875. Dari kampung orang Rantau Panjang Klang akhirnya menjadi Kampung Rantau.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


HARI BERSAMA AHLI LIGA

Aktiviti Terkini | 28 Disember 2018

Tujuan Hari Bersama Ahli Liga ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara petugas PI dengan ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak penduduk Rantau. Dengan ini sekaligus melahirkan rasa terima kasih kepada ahli PI yang selalu memberi sokongan, serta meningkatkan kepercayaan penduduk setempat kepada PI Rantau....baca selanjutnya

PENDEDAHAN MICROSOFT POWERPOINT & EXPLORACE

Aktiviti Terkini | 17 November 2018

Pusat Internet menganjurkan program bagi memenuhi masa cuti ahli-ahli PI Rantau terutamanya pelajar sekolah rendah & menengah...baca selanjutnya

EDUCATION AND THINKING (SUDOKU)

Aktiviti Terkini | 22 September 2018

Perlaksanaan permainan ini bertujuan untuk meningkatkan daya pemikiran ahli-ahli PI Rantau untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah. Permainan ini juga dapat membantu ahli-ahli PI lebih cenderung untuk berfikir perkara positif....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 18 - 19 September 2018

Kursus ini melibatkan 27 Pusat Internet. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM KORBAN PERDANA BERSEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2018

Program Korban Perdana iaitu aktiviti bulanan untuk bulan ini yang diadakan pada 22 hb Ogos 2018 (Ahad). PI menganjurkan beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang program....baca selanjutnya

PROGRAM JAMUAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2018

Program Sambutan Hari Raya yang diadakan pada 15 Julai 2018 (Ahad). PI menganjurkan beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang program. Ia bertujuan menghargai komuniti Rantau serta ahli-ahli PI atas segala kerjasama yang telah diberikan sepanjang beroperasi di samping merapatkan hubungan silaturrahim antara staff PI1M dengan komuniti Rantau, AJK masjid, ibu bapa dan ahli-ahli PI....baca selanjutnya

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2018

Program ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang kepentingan ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan dan ibadah-ibadah sunat yang sewaktu dengannya....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT NILAI

Aktiviti Terkini | 07 April 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas PI bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di PI atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran....baca selanjutnya

'EDUCATION AND THINKING GAMES' (BLOXORZ)

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2018

Permainan atas talian (BLOXORZ) ini telah diadakan pada 19 Mac 2018 iaitu pada hari Isnin. Aktiviti ini melibatkan ahli-ahli PI yang terdiri daripada pelajar sekolah yang berumur 9 – 16 tahun...baca selanjutnya

PROGRAM KECEMERLANGAN IMTIAZ LONJAKAN UPSR 2018

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2018

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Seremban dan Pusat Internet Rantau. Program ini melibatkan semua pelajar Tahun 6 daripada sekolah-sekolah di seluruh kawasan Seremban dan Rantau...baca selanjutnya

Program Advokasi & Malaysia Cyber Games Live Streaming

Aktiviti Terkini | 13 Januari 2018

Perlaksanaan program ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat setempat khususnya ahli-ahli PI dalam kalangan remaja untuk melibatkan diri dan bergiat aktif dalam E-Sukan sebagai industri baharu dalam menjana pendapatan negara di peringkat benua Asia dan antarabangsa pada masa depan seperti yang telah diperkatakan oleh Perdana Menteri Malaysia...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti