Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Rantau sempena nama kampung Rantau. Bila Inggeris mahu mendirikan Balai Polis ,ia telah memilih untuk mendirikan dihadapan kampung Rantau.
Maka dinamakan Balai Polis Rantau. Sejak itu ia berkembang menjadi daerah yang dinamakan Kampung Rantau.
Ia terletak didepan Sek.Keb.Cina hingga ke simpang Kampung Kancung. Dihilirnya Kampung Godang sehingga simpang Kampung Poning dan dari simpang Kampung Poning hingga ke
jambatan yang dinamakan Kampung Pengkalan Ketam.
Selepas itu adanya Kampung Dibawah Tampang. Manakala dihulunya dari Sek.Keb.Cina ke pencawang TNB dinamakan Kampung Petaling
selepas itu adanya Kampung Kakau (J.W.Quillick). Nama Rantau bukan di ambil sempena dari perkataan orang merantau atau perkataan orang cina antau.
Ia bermula dari orang Rantau Panjang Klang yang datang berkampung disekitaran yang terdiri dari anak beranak Tok Sulong bin Pendekar Raja Aji (Diraja Muda Senara)
dengan tsteri Nyai Kutam. Adiknya Siebod ,Hj.Yahya serta emak saudara (Raja Mariam) dan suaminya Radin Zainal abidin (Kahar).Mereka terdiri dari orang Bugis dan Jawa
yang lari dari pergolakan Perang Saudara Klang pada tahun 1866- 1875. Dari kampung orang Rantau Panjang Klang akhirnya menjadi Kampung Rantau.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023JEMPUTAN PROGRAM SEMINAR PENGURUSAN HARTA DAN PEWARISAN
Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2023Seminar berkaitan pengurusan dan pewarisan harta yang disampaikan oleh beberapa para ilmuan...baca selanjutnya
PROGRAM CAKNA TEKNOLOGI
Aktiviti Terkini | 4 Julai 2023Mengajar aplikasi mudah seperti Canva kepada staf Bengkel Seri Sembilan & golongan OKU...baca selanjutnya
PROGRAM DEMO ASAS PEMBUATAN SABUN BERSAMA USAHAWAN & KOMUNITI RANTAU
Aktiviti Terkini | 15 Julai 2023Pengenalan cara membuat sabun...baca selanjutnya
PROGRAM PERKESO MYFUTUREJOB
Aktiviti Terkini | 20 Julai 2023Membincangkan program bersama PERKESO iaitu membuat Talk Kerjaya kepada komuniti sekitar PEDi Rantau...baca selanjutnya
MESYUARAT PROGRAM CAKNA TEKNOLOGI
Aktiviti Terkini | 16 Jun 2023Membincangkan aturcara dan perisian program...baca selanjutnya
HUB PENDIDIKAN: BASIC ICT GOOGLE DRIVE
Aktiviti Terkini | 17 Jun 2023Cara-cara meletakkan gambar di Microsoft Word...baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (PENIPUAN KEWANGAN) PROGRAM EDARAN SIMKAD PERCUMA CELCOMDIGI
Aktiviti Terkini | 14 Jun 2023Program Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertajuk penipuan kewangan telah diadakan di Kolej Uniti, Port Dickson Negeri Sembilan...baca selanjutnya
PEMILIHAN & PENILAIAN ANUGERAH HPPNK TAHUN 2023 (15/05/2023) RAKAN STRATEGIK PEDI RANTAU & UNIT PELADANG RANTAU
Aktiviti Terkini | 15 Mei 2023Program ini dijalankan di PEDi Rantau. Aktiviti yang dijalankan adalah Pemilihan & Penilaian Anugerah HPPNK Tahun 2023....baca selanjutnya
JAMUAN HARI RAYA MAINS DAN MIHAK DENGAN KERJASAMA PEDI RANTAU
Aktiviti Terkini | 12 Mei 2023Program ini dijalankan di Dewan Utama Masjid Imam Hj. Kahar (MIHAK) melibatkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), ahli kariah masjid, PEDi Rantau dan komuniti setempat...baca selanjutnya
JAMUAN HARI RAYA PEDI RANTAU
Aktiviti Terkini | 28 April 2023Program ini dijalankan di PEDi Rantau melibatkan usahawan, ahli kariah masjid dan komuniti setempat. Aktiviti yang dijalankan adalah jamuan makan bersempena Hari Raya 2023....baca selanjutnya
PERMOHONAN PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM BERSAMA KOMUNITI RANTAU
Aktiviti Terkini | 27 Mac 2023Program ini dijalankan di PEDi Rantau melibatkan lepasa SPM komuniti Rantau. Aktiviti yang dijalankan adalah permohonan TVET dan UPU....baca selanjutnya
PERMOHONAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Aktiviti Terkini | 21 Mac 2023Program ini dijalankan di PEDi Rantau melibatkan komuniti Rantau. Aktiviti yang dijalankan adalah permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)....baca selanjutnya
ICT CLASS: FAST TYPING
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2023Program ini dijalankan di PEDi Rantau melibatkan 2 orang murid SMK Rantau. Aktiviti yang dijalankan adalah latihan menaip menggunakan papan kekunci komputer dengan pantas....baca selanjutnya
KELAS ICT CANVA SIRI 2
Aktiviti Terkini | 15 Januari 2023Program ini dijalankan di PEDi Rantau melibatkan 2 orang murid SJKT Rantau. Aktiviti yang dijalankan adalah cara-cara menggunakan Canva untuk membuat poster dan video....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya