Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Rantau sempena nama kampung Rantau. Bila Inggeris mahu mendirikan Balai Polis ,ia telah memilih untuk mendirikan dihadapan kampung Rantau.
Maka dinamakan Balai Polis Rantau. Sejak itu ia berkembang menjadi daerah yang dinamakan Kampung Rantau.
Ia terletak didepan Sek.Keb.Cina hingga ke simpang Kampung Kancung. Dihilirnya Kampung Godang sehingga simpang Kampung Poning dan dari simpang Kampung Poning hingga ke
jambatan yang dinamakan Kampung Pengkalan Ketam.
Selepas itu adanya Kampung Dibawah Tampang. Manakala dihulunya dari Sek.Keb.Cina ke pencawang TNB dinamakan Kampung Petaling
selepas itu adanya Kampung Kakau (J.W.Quillick). Nama Rantau bukan di ambil sempena dari perkataan orang merantau atau perkataan orang cina antau.
Ia bermula dari orang Rantau Panjang Klang yang datang berkampung disekitaran yang terdiri dari anak beranak Tok Sulong bin Pendekar Raja Aji (Diraja Muda Senara)
dengan tsteri Nyai Kutam. Adiknya Siebod ,Hj.Yahya serta emak saudara (Raja Mariam) dan suaminya Radin Zainal abidin (Kahar).Mereka terdiri dari orang Bugis dan Jawa
yang lari dari pergolakan Perang Saudara Klang pada tahun 1866- 1875. Dari kampung orang Rantau Panjang Klang akhirnya menjadi Kampung Rantau.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023KELAS ICT CANVA DAN JAMUAN AKHIR TAHUN BERSAMA AHLI PEDI RANTAU
Aktiviti Terkini | 23 Disember 2022Program ini dijalankan di PEDi Rantau melibatkan 2 orang murid SMK Rantau dan 2 orang murid dari SK Datuk Akhir Zaman. Aktiviti yang dijalankan adalah cara-cara menggunakan Canva secara mendalam dan jamuan makan akhir tahun bersama ahli PEDi Rantau....baca selanjutnya
MASTER MICROSOFT OFFICE CLASS WITH RANTAU'S COMMUNITY
Aktiviti Terkini | 6 November 2022Program ini dijalankan di PEDi Rantau melibatkan 3 orang murid SMK Rantau dan 1 orang murid dari SK Datuk Akhir Zaman yang dijalankan adalah cara-cara menggunakan Microsoft PowerPoint secara mendalam....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA WARGA EMAS SEMPENA MAULIDUL RASUL
Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2022Program ini dijalankan di Surau Kampung Kanchong melibatkan PEDi Rantau berserta warga emas 60 tahun ke atas....baca selanjutnya
KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN BERSAMA NZ BUNGA VENTURE TRAINING & CONSULTANT
Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2022Program ini dijalankan di PEDi Rantau melibatkan seorang usahawan PEDi Rantau berserta 40 orang usahawan dari seluruh Malaysia melalui Zoom...baca selanjutnya
MASTER MICROSOFT OFFICE CLASS WITH RANTAU'S COMMUNITY
Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2022Program ini dijalankan di PEDi Rantau melibatkan 2 orang murid SMK Rantau dan 1 orang murid dari SK Datuk Akhir Zaman yang dijalankan adalah cara-cara menggunakan Microsoft Excel secara mendalam....baca selanjutnya
MARKETING PLAN SHARING
Aktiviti Terkini | 18 September 2022Perkongsian Marketing Plan bersama MIV Kumpulan 5...baca selanjutnya
LIVE FB: ADIK PEDI BOLEH MELUKIS
Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2022Pertandingan Melukis & Mewarna “Adik PEDi Boleh Melukis” Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia 2022...baca selanjutnya
LIVE FB: PERBINCANGAN ISU SEMASA – INFLUENZA LIKE ILLNESS
Aktiviti Terkini | 23 Julai 2022Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau membuat live berkaitan isu semasa penyakit yang menlanda di negara Malaysia Influenza-Like-Illness....baca selanjutnya
LIVE FB: REVIEW PRODUK USAHAWAN PEDI RANTAU
Aktiviti Terkini | 25 Jun 2022Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau mempromosi dan menemu bual usahawan....baca selanjutnya
LIVE FB: KELAS PENERANGAN SETUP PERNIAGAAN SHOPEE
Aktiviti Terkini | 21 Mei 2022Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau mengajar komuniti cara- cara mendaftar penjual Shopee....baca selanjutnya
LIVE FB: PROGRAM KHATAM AL-QURAN BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 21 April 2022Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau mengadakan Program Khatam Al-Quran bersama-sama komuniti bersempena Hari Nuzul Al-Quran....baca selanjutnya
E-Learning Video: Cara-cara membuat S.M.A.R.T GOALS
Aktiviti Terkini | 2 Mac 2022Perkongsian cara-cara membuat S.M.A.R.T GOALS dapat membantu masyarakat dalam membuat penilaian dan pengurusan prestasi bertujuan untuk memudahkan masyarakat menggunakan kaedah ini apabila membuat sesuatu keputusan....baca selanjutnya
E-LEARNING VIDEO:TIPS MEMBUAT SLIDE MENGGUNAKAN PREZI
Aktiviti Terkini | 25 Februari 2022Perkongsian kali ini tips membuat slide menggunakan prezi yang merupakan zooming presentation secara atas talian. Sangat mudah untuk digunakan hanya perlu menaip atau membuat pautan di Prezi untuk menghasilkan pembentangan....baca selanjutnya
E-LEARNING VIDEO: TIPS MENGURUS MASA DENGAN EFEKTIF
Aktiviti Terkini | 26 Januari 2022Perkongsian video ini disiarkan melalui “Facebook Page” PEDi Rantau. Staf PEDi Rantau menunjukkan tips untuk menguruskan masa dengan lebih efektif....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya