Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Rantau sempena nama kampung Rantau. Bila Inggeris mahu mendirikan Balai Polis ,ia telah memilih untuk mendirikan dihadapan kampung Rantau.
Maka dinamakan Balai Polis Rantau. Sejak itu ia berkembang menjadi daerah yang dinamakan Kampung Rantau.
Ia terletak didepan Sek.Keb.Cina hingga ke simpang Kampung Kancung. Dihilirnya Kampung Godang sehingga simpang Kampung Poning dan dari simpang Kampung Poning hingga ke
jambatan yang dinamakan Kampung Pengkalan Ketam.
Selepas itu adanya Kampung Dibawah Tampang. Manakala dihulunya dari Sek.Keb.Cina ke pencawang TNB dinamakan Kampung Petaling
selepas itu adanya Kampung Kakau (J.W.Quillick). Nama Rantau bukan di ambil sempena dari perkataan orang merantau atau perkataan orang cina antau.
Ia bermula dari orang Rantau Panjang Klang yang datang berkampung disekitaran yang terdiri dari anak beranak Tok Sulong bin Pendekar Raja Aji (Diraja Muda Senara)
dengan tsteri Nyai Kutam. Adiknya Siebod ,Hj.Yahya serta emak saudara (Raja Mariam) dan suaminya Radin Zainal abidin (Kahar).Mereka terdiri dari orang Bugis dan Jawa
yang lari dari pergolakan Perang Saudara Klang pada tahun 1866- 1875. Dari kampung orang Rantau Panjang Klang akhirnya menjadi Kampung Rantau.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023E-LEARNING VIDEO: CARA MENYEMAK PRODUK KELULUSAN KKM
Aktiviti Terkini | 18 Disember 2021Perkongsian video ini disiarkan melalui “Facebook Page” PEDi Rantau. Staf PEDi Rantau menunjukkan tutorial cara untuk menyemak produk yang berkelulusan KKM...baca selanjutnya
E-LEARNING VIDEO: ‘GENERATE QR CODE’ MENGGUNAKAN CANVA!
Aktiviti Terkini | 26 November 2021Perkongsian video ini disiarkan melalui “Facebook Page” PEDi Rantau. Staf PEDi Rantau menunjukkan tutorial cara menjana kod QR dengan menggunakan aplikasi Canva....baca selanjutnya
PROGRAM PENGESANAN AWAL BARAH RAHIM & BARAH PAYUDARA
Aktiviti Terkini | 18 Oktober 2021Dalam program ini ditawarkan pendaftaran untuk Mammogram, Saringan Pap Smear dan Saringan HPV DNA. Dalam program ini juga ditawarkan pemeriksaan untuk mengenal pasti tahap stress, dan saringan kadar gula dalam darah dan tahap kolestrol peserta...baca selanjutnya
GOTONG-ROYONG BERSAMA AJK DAN AHLI KARIAH MASJID
Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2021Gotong-royong ini dijalankan bagi tujuan persediaan Program Sambutan Maulidur Rasul pada 20/10/2021 (Rabu). Disamping itu dapat mengeratkan silaturahim antara ahli jawatankuasa masjid dan ahli kariah masjid bekerjasama dalam melakukan tugas-tugas yang diberikan....baca selanjutnya
VIDEO : APLIKASI ‘CAPCUT’
Aktiviti Terkini | 29 September 2021Perkongsian video ini disiarkan melalui “Facebook Page” PIK Rantau di mana pihak PIK berkongsi berkenaan tutorial untuk menghasilkan sebuah video yang boleh dikongsi ke platform lain seperti TikTok/ Instagram/ Facebook dll...baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG : TUTORIAL UNTUK MENUKAR FAIL PDF KE WORD
Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2021Perkongsian siaran langsung ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Rantau di mana pihak PIK berkongsi berkenaan tutorial untuk menukar fail PDF ke WORD dan sebaliknya....baca selanjutnya
E-LEARNING (VIDEO TUTORIAL PAGE PIK RANTAU) : CARA UNTUK MENGGABUNGKAN SEMUA FILE PDF MENJADI SATU FILE
Aktiviti Terkini | 24 Julai 2021Portable Document Format atau yang biasa dikenali dengan PDF adalah software dalam sebuah format yang dikembangkan oleh Adobe Systems untuk keperluan pengiriman dokumen secara digital...baca selanjutnya
E-LEARNING (LIVE PAGE PIK RANTAU) : TUTORIAL CARA UNTUK MEMBUAT KUIZ MENGGUNAKAN GOOGL FORM
Aktiviti Terkini | 22 Jun 2021Google Form merupakan cara untuk membuat kelas online dengan mudah. Hal ini kerana, musim wabak sebegini menyebabkan ramai antara kita terpaksa membuat kelas online. Salah satu option tenaga pengajar untuk membuat kuiz yang mudah dan akses, user friendly, cepat dan percuma adalah melalui Google Form. Boleh juga dibuat menggunakan hanphone....baca selanjutnya
PROGRAM TUTORIAL / E-LEARNING: (EDITING POSTER USING CANVA FOR INSTAGRAM STORY – LIVE FACEBOOK PAGE PIK RANTAU)
Aktiviti Terkini | 27 Mei 2021Kelas ICT melalui live facebook page. Staf PIK Rantau memberi pendedahan tentang aplikasi ‘CANVA’ yang digunakan untuk mengedit poster. Dengan menggunakan CANVA, peserta boleh membuat poster jemputan ceramah dan pelbagai jenis poster lain untuk kemudahan persendirian dan umum....baca selanjutnya
PROGRAM KEMAS MEMBACA 2021
Aktiviti Terkini | 22 April 2021Aktiviti ini dilaksanakan sebagai menyokong dasar Kerajaan dalam menggalakkan dan menyemarak budaya membaca di samping menjadikan membaca sebagai gaya hidup....baca selanjutnya
PROGRAM KELAS ICT : PENGENALAN KOMPUTER & ASAS STORAN KOMPUTER
Aktiviti Terkini | 20 & 21 Mac 2021Pepatah lama mengatakan, "buku adalah jendela dunia". Tapi, pepatah itu boleh saja menjadikan, "komputer adalah jendela dunia"....baca selanjutnya
KDB & EDITING POSTER WITH AJK MASJID IMAM HAJI KAHAR RANTAU
Aktiviti Terkini | 21 Februari 2021Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)...baca selanjutnya
PROGRAM TUTORIAL: TUTORIAL MENGGUNAKAN APLIKASI LIGHTROOM (PENDAFTARAN BARU & KEMASKINI BPR 2021)
Aktiviti Terkini | 29 Januari 2021Staf PIK Rantau membantu komuniti membuat pendaftaran secara dalam talian : https://bpr.hasil.gov.my/. Setelah selesai membuat pendaftaran & kemaskini, komuniti akan dicetakkan borang Permohonan BPR melalui Portal Rasmi BPR....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya