Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Rantau sempena nama kampung Rantau. Bila Inggeris mahu mendirikan Balai Polis ,ia telah memilih untuk mendirikan dihadapan kampung Rantau.
Maka dinamakan Balai Polis Rantau. Sejak itu ia berkembang menjadi daerah yang dinamakan Kampung Rantau.
Ia terletak didepan Sek.Keb.Cina hingga ke simpang Kampung Kancung. Dihilirnya Kampung Godang sehingga simpang Kampung Poning dan dari simpang Kampung Poning hingga ke
jambatan yang dinamakan Kampung Pengkalan Ketam.
Selepas itu adanya Kampung Dibawah Tampang. Manakala dihulunya dari Sek.Keb.Cina ke pencawang TNB dinamakan Kampung Petaling
selepas itu adanya Kampung Kakau (J.W.Quillick). Nama Rantau bukan di ambil sempena dari perkataan orang merantau atau perkataan orang cina antau.
Ia bermula dari orang Rantau Panjang Klang yang datang berkampung disekitaran yang terdiri dari anak beranak Tok Sulong bin Pendekar Raja Aji (Diraja Muda Senara)
dengan tsteri Nyai Kutam. Adiknya Siebod ,Hj.Yahya serta emak saudara (Raja Mariam) dan suaminya Radin Zainal abidin (Kahar).Mereka terdiri dari orang Bugis dan Jawa
yang lari dari pergolakan Perang Saudara Klang pada tahun 1866- 1875. Dari kampung orang Rantau Panjang Klang akhirnya menjadi Kampung Rantau.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023JAMUAN AKHIR TAHUN
Aktiviti Terkini | 27 Disember 2019Jamuan ini bertujuan untuk menghargai komuniti Rantau serta ahli-ahli PI atas segala kerjasama yang telah diberikan sepanjang beroperasi di samping merapatkan hubungan silaturrahim antara staff PIM dengan komuniti Rantau, ibu bapa dan ahli-ahli PI....baca selanjutnya
DEMO PENGGUNAAN ALATAN TEKNOLOGI (ICT)
Aktiviti Terkini | 22 November 2019Sistem Pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat. Pelbagai kaedah baru diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran lebih bermakna. Penggunaan teknologi ataupun ict merupakan salah satu daripada kaedah baru yang mampu mencapai tujuan tersebut....baca selanjutnya
MIV BERSAMA DTT
Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2019Program MIV Bersama DTT ini dijalankan oleh pihak MCMC yang memberikan tanggungjawab kepada ahli-ahli MIV untuk memberikan kesedaran serta menyebarkan maklumat kepada masyarakat tentang peralihan siaran analog kepada digital yang sedang berlaku di seluruh Malaysia....baca selanjutnya
PAMERAN KENDERAAN BOMBA, POLIS DAN KENDERAAN AWAM
Aktiviti Terkini | 20 September 2019Pameran ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar berkaitan pengangkutan/kenderaan yang ada....baca selanjutnya
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2019Sambutan Hari Kemerdekaan ini bertujuan untuk menghargai komuniti Rantau serta ahli-ahli PI atas segala kerjasama yang telah diberikan sepanjang beroperasi....baca selanjutnya
KELAS ICT - CANVA
Aktiviti Terkini | 28 Julai 2019Kelas ICT ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara-cara dan item dalam penggunaan yang betul....baca selanjutnya
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
Aktiviti Terkini | 21 Jun 2019Jamuan ini bagi enghargai komuniti Rantau serta ahli-ahli PI atas segala kerjasama yang telah diberikan sepanjang beroperasi di samping merapatkan hubungan silaturrahim antara staff PIM dengan komuniti Rantau, AJK masjid, ibu bapa dan ahli-ahli PI......baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON
Aktiviti Terkini | 18 Jun 2019Program Advokasi yang bertemakan “Oversharing and Cyberbullies” dilaksanakan setelah pihak Kolej Vokasioanl menerima tawaran dari pihak pusat internet. Empat orang Petugas Internet terlibat dalam taklimat ini iaitu Pengurus PI Kg Paya, Pengurus PI Rantau dan Pengurus PI Pekan Lukut dan PI Kg Si Rusa. Seorang wakil dari Pejabat Penerangan PD turut serta dalam menjayakan taklimat ini. Murid- murid seramai 513 orang dan 2 orang guru menyertai taklimat ini. Program ini berjalan lancar sepanjang program yang mengandungi 5 slot dan diakhiri dengan pertukaran cenderahati oleh pihak sekolah dan pihak PI....baca selanjutnya
PROJEK BUBUR LAMBUK BERSAMA KOMPLEKS ISLAM RANTAU
Aktiviti Terkini | 25 Mei 2019Program ihya’ Ramdhan rasanya tidak lengkap jika tiada program memasak Bubur Lambuk. Ia merupakan salah satu program Khidmat Masyarakat bersama di Bulan Ramadhan....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SK DATO’ MELANA
Aktiviti Terkini | 23 April 2019Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang....baca selanjutnya
MAJLIS PELANCARAN JOMSTUDI
Aktiviti Terkini | 08 Mac 2019JomStudi merupakan hab pembelajaran digital yang menyediakan kandungan pendidikan berkualiti untuk ditawarkan kepada pelajar, terutamanya bagi mereka yang mendiami kawasan yang kurang mendapat perhatian. Majlis Pelancaran Jomstudi dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Tuan Gobind Singh Deo berlangsung di Pusat Internet Kampung Kering, Labu, Negeri Sembilan. Rata-rata yang hadir sangat berbesar hati dan menyokong program hasil inisiatif yang diterajui oleh organisasi swasta iaitu Astro, Digi dan Media Prima dan disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Antara yang turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Digi, Albern Murty dan wakil-wakil rakan strategik ‘JomStudi’; Astro, Media Prima, MDEC dan SKMM....baca selanjutnya
Sesi Pengenalan & Pendaftaran Program Jomstudi
Aktiviti Terkini | 16 Februari 2019JomStudi merupakan hab pembelajaran digital yang menyediakan kandungan pendidikan berkualiti untuk ditawarkan kepada pelajar, terutamanya bagi mereka yang mendiami kawasan yang kurang mendapat kemudahan pembelajaran... baca selanjutnya
KELAS ICT – MICROSOFT WORD (BIODATA DIRI)
Aktiviti Terkini | 25 Januari 2019Aktiviti ini memberi pendedahan kepada peserta tentang asas penggunaan Microsoft Word. Mereka juga telah diberikan tugasan untuk membuat Biodata Diri sendiri dengan menggunakan Microsoft Word di mana di dalam masa yang sama mereka juga belajar menaip...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya