Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Rantau sempena nama kampung Rantau. Bila Inggeris mahu mendirikan Balai Polis ,ia telah memilih untuk mendirikan dihadapan kampung Rantau.
Maka dinamakan Balai Polis Rantau. Sejak itu ia berkembang menjadi daerah yang dinamakan Kampung Rantau.
Ia terletak didepan Sek.Keb.Cina hingga ke simpang Kampung Kancung. Dihilirnya Kampung Godang sehingga simpang Kampung Poning dan dari simpang Kampung Poning hingga ke
jambatan yang dinamakan Kampung Pengkalan Ketam.
Selepas itu adanya Kampung Dibawah Tampang. Manakala dihulunya dari Sek.Keb.Cina ke pencawang TNB dinamakan Kampung Petaling
selepas itu adanya Kampung Kakau (J.W.Quillick). Nama Rantau bukan di ambil sempena dari perkataan orang merantau atau perkataan orang cina antau.
Ia bermula dari orang Rantau Panjang Klang yang datang berkampung disekitaran yang terdiri dari anak beranak Tok Sulong bin Pendekar Raja Aji (Diraja Muda Senara)
dengan tsteri Nyai Kutam. Adiknya Siebod ,Hj.Yahya serta emak saudara (Raja Mariam) dan suaminya Radin Zainal abidin (Kahar).Mereka terdiri dari orang Bugis dan Jawa
yang lari dari pergolakan Perang Saudara Klang pada tahun 1866- 1875. Dari kampung orang Rantau Panjang Klang akhirnya menjadi Kampung Rantau.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023PROGRAM TUTORIAL: TUTORIAL MENGGUNAKAN APLIKASI LIGHTROOM (“VIDEO DI FACEBOOK”)
Aktiviti Terkini | 3 Disember 2020Tangkap, edit, dan kongsi foto anda dari satu tempat. Lightroom dapat menguruskan sebilangan besar foto sehingga anda akan sentiasa teratur dan berada di puncak permainan anda....baca selanjutnya
PROGRAM TUTORIAL: SLOT TUTORIAL POSTERMYWALL (“VIDEO DI FACEBOOK”)
Aktiviti Terkini | 25 November 2020Aktiviti ini bertujuan untuk mengajar para peserta menguasai ilmu dan kemahiran membuat poster sendiri secara online menggunakan www.PosterMyWall.com. Melalui aktiviti ini kepentingan dan tujuan poster dapat disampaikan kepada mereka secara tidak langsung....baca selanjutnya
PROGRAM MICROBIC FUTURE SKILSS FOR ALL (FS4A)
Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2020Bagi kelas microbit sahaja: Set microbit diperlukan untuk menunjukkan bagaimana pengaturcaraan mampu mengawal alat fizikal dan potensi projek yang boleh dibina murid...baca selanjutnya
PROGRAM BERSAMA TADIKA PERPADUAN SPRINGHILL BERTEMAKAN CHEF CILIK
Aktiviti Terkini | 2 Oktober 2020Dengan adanya program sebegini, hubungan baik antara pihak pusat internet dengan komuniti dapat dieratkan. ...baca selanjutnya
PROGRAM KIBARKAN JALUR GEMILANG PUSAT INTERNET RANTAU BERSAMA TAMAN BANDAR EKAR, RANTAU, NEGERI SEMBILAN.
Aktiviti Terkini | 31 Ogos 2020“Ini yang kita kena lihat keberkesanan kita selama ini dalam mendidik seseorang untuk mempunyai tiga semangat iaitu kemerdekaan, kemenangan dan keseronokan dengan adanya negara yang bebas, merdeka dan berdaulat....baca selanjutnya
HARI BERSAMA AHLI LIGA PI RANTAU (KUIZ & GAME ONLINE)
Aktiviti Terkini | 24 Julai 2020Mempromosi aktiviti dan pembelajaran yang ada di Pusat Internet kepada komuniti setempat....baca selanjutnya
KELAS ICT – FAST TYPING & KELAS INSERT TABLE
Aktiviti Terkini | 4 Jun 2020Mempromosi aktiviti dan pembelajaran yang ada di Pusat Internet kepada komuniti setempat. ...baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020erikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini |1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya
KELAS 3D SKECTUP
Aktiviti Terkini | 22 Februari 20203D Sketchup merupakan perisian pemodelan 3D yang banyak digunapakai khususnya di kalangan arkitek, jurutera, interior designers, graphic designer, pereka filem dan sebagainya....baca selanjutnya
PENGENALAN APLIKASI CANVA.COM
Aktiviti Terkini | 31 Januari 2020Canva adalah sebuah tools untuk design grafik yang merangkumi penggunaan agar dapat dipelajari dengan mudah dalam merancang berbagai jenis deesign kreatif secara online. ...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya