Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Rantau sempena nama kampung Rantau.Bila Inggeris mahu mendirikan Balai Polis ,ia telah memilih untuk mendirikan dihadapan kampung Rantau. Maka dinamakan Balai Polis Rantau. Sejak itu ia berkembang menjadi daerah yang dinamakan Kampung Rantau. Ia terletak didepan Sek.Keb.Cina hingga ke simpang Kampung Kancung. Dihilirnya Kampung Godang sehingga simpang Kampung Poning dan dari simpang Kampung Poning hingga ke jambatan yang dinamakan Kampung Pengkalan Ketam. Selepas itu adanya Kampung Dibawah Tampang. Manakala dihulunya dari Sek.Keb.Cina ke pencawang TNB dinamakan Kampung Petaling selepas itu adanya Kampung Kakau (J.W.Quillick). Nama Rantau bukan di ambil sempena dari perkataan orang merantau atau perkataan orang cina antau. Ia bermula dari orang Rantau Panjang Klang yang datang berkampung disekitaran yang terdiri dari anak beranak Tok Sulong bin Pendekar Raja Aji (Diraja Muda Senara) dengan tsteri Nyai Kutam. Adiknya Siebod ,Hj.Yahya serta emak saudara (Raja Mariam) dan suaminya Radin Zainal abidin (Kahar).Mereka terdiri dari orang Bugis dan Jawa yang lari dari pergolakan Perang Saudara Klang pada tahun 1866- 1875. Dari kampung orang Rantau Panjang Klang akhirnya menjadi Kampung Rantau.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Aktiviti Terkini | 10 November 2017

Perlaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad (S.A.W.) di samping menghayati sirah hidup baginda...baca selanjutnya

KUIZ KLIK DENGAN BIJAK ONLINE

Aktiviti Terkini | 26 November 2017

Kuiz Klik Degan Bijak Online iaitu aktiviti bulanan untuk bulan ini yang diadakan pada 26 hb November 2017 (Ahad). PI menganjurkan beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang program. Program ini melibatkan ahli-ahli aktif PI Rantau....baca selanjutnya

PROGRAM KECEMERLANGAN IMTIAZ LONJAKAN SPM 2017

Aktiviti Terkini | 30 Oktober 2017

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Seremban dan Pusat Internet Rantau. Program ini melibatkan semua pelajar daripada SMK Seri Sendayan....baca selanjutnya

KUIZ HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 30 September 2017

Kuiz Hari Malaysia ini diadakan bagi memperingati sejarah penubuhan Malaysia yang berlaku pada 16 September 1963 dan memupuk semangat patriotik serta menambah ilmu pengetahuan ahli-ahli PI tentang sejarah penubuhan Malaysia. Peserta terdiri daripada ahli-ahli PI yang hadir...baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2017

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2017

Majlis Sambutan Ambang Merdeka 2017 yang diadakan pada 30 hb Ogos 2017 (Khamis). PI telah menganjurkan beberapa aktiviti dan pertandingan yang akan dijalankan sepanjang program. Program ini dianjurkan oleh UMNO Cawangan Rantau, JKKK dan Klinik Komuniti Kg Kanchong, Rantau. Program ini melibatkan semua lapisan masyarakat komuniti Kg Kanchong....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti